Pantun Ramadhan
+++++++++++++++++++++++++++++
Bangun Sahur sediakan makanan,
Buatkan pula air tenaga (Milo),
Bangun tahjud jadikan amalan,
Doakan kita sekeluarga masuk ke syurga.......Aminn3x insyaallah
Pantun Raya
++++++++++++++++++++++++++++++
Berbuka puasa sederhana katanya,
Tapi juadah penuh semeja,
Hari raya dah tak lama,
Bermaaf-maafanlah kita sentiasa.
Bakar lemang dengan arang,
Masak rendang resepi Tokwan,
Jangan kita berpatah arang,
Semoga kita bermaaf-maafan.
Kopi Cap Cikgu jadi pilihan,
Makan ketupat bersama Pak Lang,
Mohon maaf di jadikan amalan,
Agar hati menjadi tenang.
M H I & B H I - B L O G
HARI RAYA AIDILADHA/QURBAN (ZULHIJAH 1438/SEPT 2017), JOM PAKAT QURBAN
Alhamdulillah Hari Raya Aidiladha/Qurban 1438/2017 telah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga Allah menerima amalan kita, insyaAllah. Apakah hikmah di sebalik Hari Raya Aidiladha/Qurban ini, hikmahnya adalah kita menunjukkan rasa syukur kita pada Allah swt di atas nikmat-nikmat yang telah di berikan kepada kita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan ibadah Qurban ini boleh rujuk kepada URL ini http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf.
Bagi menghadapi Hari Raya Aidiladha/Qurban tahun hadapan perlulah kita membuat persediaan yang lebih awal, agar kita juga dapat turut serta mengambil bahagian untuk mengerjakan ibadah Qurban ini. Kita cuba kumpul beberapa ringgit bagi setiap bulan dari bulan Zulhijah tahun ini hinggalah ke bulan Zulkaedah tahun hadapan (11 bulan akan datang), bagi mengambil satu bahagian. Sebagai contoh, misal kata jika akan datang nilai sebahagian lembu adalah RM700. Jadi bagi mendapatkan RM700 di dalam masa 11 bulan akan datang, kita perlulah menyimpan sekurang-kurangnya RM63.70 sebulan. Ada pepatah mengatakan, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Jika kita kurang berkemampuan untuk menyimpan RM700 dalam masa 11 bulan akan datang, jadi simpanlah sebahagian kecil (RM300/lebih) dari pendapatan kita untuk mengambil satu bahagian bagi melakukan ibadah Qurban melaui ezqurban atau kumpulan-kumpulan yang melaksanakan ibadah Qurban di luar dari tanah air kita. Sebagai contoh, kita kumpul RM27.30 dari bulan Zulhijah tahun ini hinggalah ke bulan Zulkaedah tahun hadapan (11 bulan akan datang), bagi mengambil satu bahagian.
Ambillah peluang selagi nyawa di kandung badan & berkemampuan. Semoga Allah terima segala amalan dan ibadah Qurban kita insyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)