BELAJAR ASAS & TEKNIK AQUAPONIC 2016

Pada sesiapa yang ingin belajar asas dan teknik berkenaan Aquaponic, bolehlah menghadiri kelas mentor saya En. Khairul Azman.   Kit aquaponic akan di berikan secara percuma, jika berminat boleh menghubungi En. Khairul Azman di talian 019 3500200.



PROJEK UPGRADE AQUAPONIC OCT 2016

Projek upgrade aquaponic ini mengambil masa yang agak lama, dan progressnya amat perlahan kerana beberapa faktor.  Salah satu faktornya adalah faktor kesihatan :)..Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, syukur di atas segala nikmat yang Allah s.w.t berikan.  

Bagi projek menaiktaraf aquaponic ini, kita telah menggantikan set aquarium kepada tanki fiber (3 kaki lebar x 4 kaki panjang x 2.5 kaki tinggi) dan rack growbed menggunakan metal shelves.  Bekas growbed yang asal masih di gunakan untuk sementara waktu. Berikut adalah gambar-gambar bagi projek menaiktaraf aquaponic di belakang rumah, peace sikit Uwais :D.


HOMESTAY PADANG BALANG (TELAH TAMAT OPERASI DEC 2018)

HOMESTAY PADANG BALANG telah mula beroperasi, untuk paparan sepenuhnya boleh akses ke URL http://towerbay.blogspot.my/2016/10/homestay-padang-balang.html




HOMESTAY PADANG BALANG (TELAH TAMAT OPERASI DEC 2018)

Homestay ini merupakan rumah landed, terletak di Lot 557-30, Jalan Kg. Padang Balang, Kg. Padang Balang, 55100 Sentul, Kuala Lumpur.  Lokasinya:

- Berdekatan dengan kedai runcit.
- Berdekatan dengan Gerai makan.
- Berdekatan dengan kawasan Sentul dan Gombak.
- Berdekatan dengan KUZIM, Taman Melewar.
- 9KM ke UIA Gombak.
- 10KM ke KLCC.
- 10KM ke Giant Batu Caves.

Homestay ini mempunyai 2 tempat letak kereta, 1 ruang tamu, 3 bilik tidur, 2 tandas dan 1 bilik mandi.  Terdapat beberapa kemudahan di sediakan, antaranya adalah:

- 3 unit penyaman udara.
- 1 unit pemanas air.
- 1 unit TV.
- Dapur.
- DLL.

Homestay ini bakal beroperasi pada bulan Oktober 2016 akan datang.  Kepada yang berminat bolehlah hubungi kami di talian telefon   (Hj. Ismail) atau (Hanafi).




RAMADHAN & SHAWAL 1437H TELAH BERLALU

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam yang banyak memberikan nikmat dalam kehidupan ini.  Ampunkanlah diri ini, jika alpa dalam kehidupan seharian..

Ramadan & Shawal 1437H telah berlalu pergi...Semoga kita semua dapat bertemunya lagi pada tahun hadapan..Rindunya RAMADAN & SHAWAL...

Semuanya dengan izin Allah..

10 TERAKHIR RAMADAN

Alhamdulillah..Syukur pada Allah, kerana masih lagi di beri nikmat kehidupan di dunia.  Kini kita berada di dalam lingkungan 10 malam yang terakhir, Rasullulah telah bersabda yang lebih kurang bunyinya "hidupkanlah bagi 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan dengan bersembahyang, bedoa meminta pengampunan & rahmat Allah, membaca al quran, serta berzikir memuji Allah s.w.t.

Semoga saya dan ahli keluarga dapat mengamalkan apa yang di sarankan oleh ni Nabi kita Muhammad s.a.w.

UPDATE PROJEK AQUAPONIC JUN 2016

Sebelum masuk bulan Ramadhan, kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan bagi kelancaran operasi aquaponic ini.  Pump AS2000 telah berfungsi 100% bagi menggantikan pump yang asal dan pump oksigen juga telah di hentikan buat sementara untuk pengujian, beroperasi menggunakan satu pump sahaja. Manakala paiping nya juga telah di buat semula.  

Dari pump AS2000 yang berada di dalam aquarium, paipingnya di bahagi dua. Satu saluran masuk semula ke aquarium, manakala satu saluran lagi di bahagi-bahagikan pada growbed serta satu saluran terus ke tong biru bagi tujuan water flow.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2016

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.  Masih lagi di berikan perluang dan ruang untuk menulis dalam blog ini.  Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1437H bersamaan dengan 6 Jun 2016.  Maka wajiblah berpuasa bagi semua orang yang beragama Islam di seluruh dunia, dan pengecualian bagi mereka yang tidak cukup syarat dan diberikan keringanan. 

Di kesempatan ini juga, ingin saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di mana jua anda berada, semoga di bulan yang berkat ini kita penuhi dengan amal ibadah dan semoga kita di berikan ganjaran oleh Allah di akhirat kelak.  Insyaallah..