INSENTIF 50% BAGI PINJAMAN MARA

Pada kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang telah membuat pinjaman pelajaran dengan MARA, inilah masanya untuk mendapat insentif/diskaun 50%.  Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon diskaun ini, boleh la pergi terus ke link  http://insentif50.mara.gov.my/ 

Untuk login, masukkan nombor Kad Pengenalan & nombor akaun Mara.   Kemudian isi secara terperinci dan lampirkan sijil-sijil dan surat yang berkenaanApa tunggu lagi, moh la kita isi..sah sehingga Dis 2016


UPDATE PROJEK AQUAPONIC LAST QUARTER MAY 2016

Nak update sikit pasal projek aquaponic yang saya laksanakan sendiri di rumah. Berdasarkan gambar di bawah ini, saya menggunakan pump AS 2000 yang di letakkan pada aquarium utama.  Buat sementara waktu ini, air akan di sedut dari pump (AS 2000) di aquarium utama dan disalurkan pada dua growbad bagi pengujian.  Satu growbad (lite blue) akan di salurkan pada tong air biru yang besar, dan air dari tong biru besar ini akan overflow/mengalir ke aquarium.  Manakala growbad yang berada di atas aquarium akan disalurkan ke aquarium semula.  Stoper/Ball valve di letakkan pada dua-dua saluran bagi mengawal kemasukkan/kelajuan air yang masuk ke growbad.  Pump AS 2000 ini sesuai di gunakan bagi tangki-tanki yang besar lebih dari 4 kaki, oleh itu ia tidak sesuai bagi tangki-tangki yang kecil.

Hilmi dan isteri serta anak-anaknya telah datang melawat tapak projek ini pada minggu lalu.  Ia juga berminat dan sedang mempertimbangkan bagi melaksanakan projek ini di rumahnya.

 



KEMBALI BEKERJA

Bismillahhirrahmanirrahim... Hari ni baru mula masuk pejabat walaupun masih dalam MC, setelah beberapa hari di tahan wad di Hospital Pakar Al-Islam kerana Slipped Disk.. Alhamdulillah, masih di panjangkan umur, di beri kesihatan yang baik dan murahkan rezeki selalu.. Insyaallah..


Ada beberapa pesanan, tips dan doa dari bos-bos dan rakan-rakan sekerja.  Terima kasih pada kalian semua..
Ni la cara-cara yang betul untuk duduk di hadapan komputer..Insyaallah akan di praktikkan.

UPDATE PROJEK AQUAPONIC HALF QUARTER MAY 2016

Semalam pump air tidak berfungsi kerana tersumbat dan tiba-tiba oksigen yang di bekalkan pada akuarium juga tidak berfungsi dengan baik.  Di sebabkan itu, dua ekor ikan telah mati T.T.. Ya Allah maafkan aku kerana tidak menjaga mereka dengan baik..

Setelah service pump air dan oksigen, barulah nampak ikan-ikan lain berenang dengan selesa.  Ikan-ikan yang dah mati ini di simpan dalam peti untuk di uji rasa..:) 

Pump baru dah di beli, tunggu masa nak pasang je ni..ASTRO AS2000

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE-2 BAGI KELAHIRAN UWAIS AL-QARNI

Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberikan banyak nikmat sehingga tak terhitung banyaknya..Semalam merupakan Hari Guru, tarikh yang sama juga hari ibu melahirkan zuriat kami yang pertama pada 16.05.2014 dan di beri nama Uwais Al-Qarni bin Mohd Hanafi.  Namanya di ambil sempena nama tokoh yang terkenal di langit, tetapi tidak terkenal di bumi.  Semoga anakanda Uwais Al-Qarni menjadi anak yang soleh, sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t dan menjadi anak yang soleh. Berjaya Dunia dan Akhirat..insyaallah



UPDATE PROJEK AQUAPONIC MID MAY 2016

Terpaksa asingkan ikan-ikan ini, kerana bentuk fizikal Ikan Lampam besar sedikit dari ikan Talapia, menyebabkan ikan Talapia sering menjadi mangsa dan terkorban.  Tong air spare di gunakan, sementara mendapatkan solution yang lebih baik.  Binggo pun nak bergambar gak..ok la..hehe


UPDATE PROJEK AQUAPONIC MAY 2016

Setelah sebulan lebih melaksanakan projek aquaponic ni, hasilnya amat memuaskan.  Perkembangan positif apabila daun-daun segar kelihatan tumbuh di atas growbed, dan ikan-ikan bebas berenang di bahagian aquarium.   Sepanjang sebulan lebih ni, terdapat beberapa ekor ikan dan udang telah terkorban di atas beberapa faktor yang tak dapat di jelaskan disini.

Berikut adalah gambar-gambar yang terkini.

JALAN-JALAN KE ZOO NEGARA

Aktiviti hari minggu bagi meluangkan masa bersama keluarga.  Moh same-same kite ke Zoo Negara..

Harga tiket untuk memasuki ke Zoo Negara, boleh tahan la harganya. Harga ni termasuk untuk melawat xing xing & liang liang..Terima kasih la pada Kak Yah & Abg. Amir sponsor tiket kami sekeluarga. Semoga kalian di murahkan rezeki..insyaallah

Upload sikit gambar-gambar kat sana..