10 TERAKHIR RAMADAN

Alhamdulillah..Syukur pada Allah, kerana masih lagi di beri nikmat kehidupan di dunia.  Kini kita berada di dalam lingkungan 10 malam yang terakhir, Rasullulah telah bersabda yang lebih kurang bunyinya "hidupkanlah bagi 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan dengan bersembahyang, bedoa meminta pengampunan & rahmat Allah, membaca al quran, serta berzikir memuji Allah s.w.t.

Semoga saya dan ahli keluarga dapat mengamalkan apa yang di sarankan oleh ni Nabi kita Muhammad s.a.w.

UPDATE PROJEK AQUAPONIC JUN 2016

Sebelum masuk bulan Ramadhan, kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan bagi kelancaran operasi aquaponic ini.  Pump AS2000 telah berfungsi 100% bagi menggantikan pump yang asal dan pump oksigen juga telah di hentikan buat sementara untuk pengujian, beroperasi menggunakan satu pump sahaja. Manakala paiping nya juga telah di buat semula.  

Dari pump AS2000 yang berada di dalam aquarium, paipingnya di bahagi dua. Satu saluran masuk semula ke aquarium, manakala satu saluran lagi di bahagi-bahagikan pada growbed serta satu saluran terus ke tong biru bagi tujuan water flow.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2016

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.  Masih lagi di berikan perluang dan ruang untuk menulis dalam blog ini.  Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1437H bersamaan dengan 6 Jun 2016.  Maka wajiblah berpuasa bagi semua orang yang beragama Islam di seluruh dunia, dan pengecualian bagi mereka yang tidak cukup syarat dan diberikan keringanan. 

Di kesempatan ini juga, ingin saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di mana jua anda berada, semoga di bulan yang berkat ini kita penuhi dengan amal ibadah dan semoga kita di berikan ganjaran oleh Allah di akhirat kelak.  Insyaallah..