UPDATE PROJEK AQUAPONIC JAN 2017

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah s.w.t, kerana kita masih lagi di beri peluang hidup di atas muka bumi ini.  Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t keranan dengan bersyukur, Allah akan melipat gandakan lagi nikmatnya.   Insyaallah..

Dah lama tak update projek aquaponic ni, bagi awal tahun 2017 ni saja nak share projek update dengan kawan-kawan..semoga menjadi manfaat untuk semua.  Insyaallah..

Setelah 5 bulan menggunakan tanki fiber dan design separuh siap ini, di dapati ikan-ikan dan pokok-pokok semakin membiak dengan baik.
Baru perasan ada anak-anak ikan talapia merah berenang-renang di tepian :D.  Anak-anak ikan ini telah di asingkan supaya tidak menjadi bahan.. ikan-ikan yang besar.


Tumbuhan yang ditanam di atas growbad semakin berkembang biak, antaranya daun pudina, daun kesum, daun kaduk, pokok malberry dan pucuk manis.   Pokok yang menjadi bahan makanan/yang dikerjakan oleh haiwan, adalah serai dan kunyit.

MENGETAHUI ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS

Pernahkah anda menggunakan Google Maps? Tahukah anda dengan menggunakan Google Maps, kita boleh menggunakannya bagi mengukur arah kiblat dari Makkah ke lokasi anda.  Terdapat ciri-ciri Measure Distance/Jarak Langkah di dalam Google Maps yang boleh kita gunakan bagi mengukur arah kiblat.  Bagi mendapatkan kepastian/ketepatan anda boleh melihat/merujuk pada lokasi Masjid/Surau sebagai tanda aras bagi mengetahui arah kiblat yang betul.  Berikut adalah langkah-langkah bagi mengetahui arah kiblat dengan menggunakan Google Maps:

Langkah 1:  Buka internet browser dan akses ke https://maps.google.com/.
Langkah 2:  Taip Kaaba pada ruang "Search Google Maps" dan select Kaaba Saudi Arabia.
Langkah 3:  Klik pada kotak kecil "Earth" pada bahagian bawah, kiri Google Maps.  Kemudian Zoom pada Kaaba.
Langkah 4:  Right Click pada Kaaba dan select Measure Distance.
Langkah 5:  Un-zoom dan Left Click pada atas peta, anda boleh drag point garisan ke lokasi masjid yang berdekatan bagi mengetahui arah yang lebih tepat.  Kemudian barulah anda drag point tersebut pada lokasi anda.

Terdapat screen capture bagi langkah-langkah di atas, anda bolehlah klik pada link di bawah ini.

https://drive.google.com/file/d/0B4E0ILJDNhMSQVJRbkJWTEEwRkU/view?usp=sharing

Selamat mencuba & semoga ia bermanfaat bagi anda semua.  Insyaallah.